lost password register
6 user(s) are online (1 user(s) are browsing Berita Dunia Islam)

Members: 0
Guests: 6

more...
 Ar-Risalah @ Paksi.net
Ar-Risalah; Free!
Friday, August 29, 2008
26 Syaaban 1429
Subuh5:51 AM
Zuhur1:17 PM
Asar4:26 PM
Maghrib7:19 PM
Isyak8:30 PM
Untuk Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya
ridgn 2008/8/28
fidchaiyok 2008/8/25
muamalah 2008/8/24
suta999 2008/8/24
aisyah 2008/8/23
asmawi 2008/8/22
fakhry 2008/8/22
august 2008/8/22
qudwah 2008/8/22
shifa 2008/8/21
 Iklan @Paksi.net

Idocs Guide to HTML


 Promote paksi.net!
Promote paksi.net di dalam komuniti online anda! Cuma copy code di bawah, dan paste kan di blogs/ friendster/ facebook/ myspace/ websites anda! Ramaikan lagi pengunjung paksi.net, mudah-mudahan kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat-sahabat yang lain, insyaAllah. :-)
code-->
<div align="center"> <a href="http://www.paksi.net"> <img src= "http://www.paksi.net/uploads/img47becc41ee3df.png" border='0'/></a> </div>
Antarabangsa : Mahkamah arah tangguh perjanjian yang bakal dimeterai di Malaysia Autonomi MILF tergendala lagi
Posted by ustaz_paksi on 2008/8/5 10:05:15 (46 reads)

MANILA 4 Ogos - Mahkamah Agung Filipina hari ini mengeluarkan arahan untuk menghalang kerajaan daripada menandatangani perjanjian dengan kumpulan pemisah di selatan negara berikutan tentangan rakyat.

Read More... | 1696 bytes more
Palestin : Israel Paksa Warga Palestina Jadi Informan Rezim Zionis
Posted by ustaz_paksi on 2008/8/5 9:20:43 (54 reads)

Aparat keamanan Israel menekan warga Palestina di Jalur Ghaza yang sedang memerlukan pengubatan dan perawatan di rumah sakit untuk menjadi informan. Israel membantah tuduhan itu dan mengatakan bahwa mereka hanya menginterogasi pesakit-pesakit tersebut untuk kepentingan keamanan.

Read More... | 2281 bytes more
Antarabangsa : Ribuan Non-Muslim Filipina Tolak Berdirinya Tanah Air Bagi Warga Muslim
Posted by ustaz_paksi on 2008/8/5 8:59:17 (42 reads)

Sekitar 15.000 masyarakat Filipina menggelar aksi protes di kota pelabuhan Zamboanga, selatan negara itu. Mereka menentang kesepakatan pemerintah dengan kelompok pejuang Muslim Moro Islamic Liberation Front (MILF).

Read More... | 1670 bytes more
Antarabangsa : Muslim Britain Merasa Diasingkan di Negara Sendiri
Posted by ustaz_paksi on 2008/7/5 18:00:00 (95 reads)
Antarabangsa

Shahid Malik, menteri Muslim pertama di United Kingdom mengkritik kecenderungan semakin meningkatnya sikap permusuhan terhadap warga Muslim di negara itu. Beliau bahkan mengatakan, keadaan warga Muslim di UK sekarang ibarat "orang-orang Yahudi Eropah" yang menjadi target permusuhan orang-orang Eropah.

Read More... | 3269 bytes more
Antarabangsa : Chavez Desak AS Hentikan Ancaman terhadap Iran
Posted by ustaz_paksi on 2008/7/5 17:30:00 (71 reads)

Presiden Venezuela Hugo Chavez minta AS untuk berhenti melontarkan ancaman pada Iran dan Venezuela dengan harapan boleh menurunkan harga minyak di pasaran dunia. Beliau menegaskan, negara-negara kaya termasuk AS, mampu mengakhiri krisis harga minyak asalkan mereka tidak lagi melontarkan pernyataan-pernyataan yang menyalahkan negara-negara pengeksport minyak dan menarik pasukannya dari Iraq.

Read More... | 2229 bytes more
Antarabangsa : "Salam Café", Melawan Rasialisme dengan Komedi
Posted by paksi on 2008/6/20 17:17:05 (84 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Setiap Rabu malam, warga Muslim di Australia berkumpul di hadapan peti televisyen mereka untuk menonton rancangan "Salam Café" sebuah rancangan komedi Muslim pertama dan satu-satunya yang ditayangkan stesen televisyen nasional Australia.

Rancangan ini tentu saja memberikan atmosfera baru bagi warga Muslim di Negara Kangaroo itu. Australia akhirnya memberi peluang kepada warga Muslim moderat untuk bersuara dan menunjukkan keperibadiannya, melihat kepada beberapa tahun kebelakangan ini, hubungan antara warga Muslim dan non-Muslim di Australia kurang begitu harmoni.

Read More... | 2246 bytes more
Palestin : Israel Mahu Dialog Langsung dengan Syria, Tanpa Perantara
Posted by paksi on 2008/6/20 17:16:06 (67 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Israel inginkan dialog secara langsung dengan Syria untuk membangunkan kembali rasa saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak dan pertemuan itu boleh dilakukan di al-Quds atau di Damsyik.

Keinginan tersebut disampaikan oleh Presiden Israel Shimon Peres. Beliau berkata, perkara yang paling penting daripada usaha dialog Israel-Syria adalah menghilangkan halangan psikologi dan membangunkan kembali rasa saling mempercayai antara kedua-duanya. Peres memberi contoh kedatangan bekas presiden Mesir Anwar Sadat ke al-Quds pada tahun 1977 untuk memulakan dialog langsung dengan Israel.

Read More... | 1999 bytes more
Antarabangsa : Ledakan Bom di Masjid Syiah Pakistan, Empat Orang Terkorban
Posted by paksi on 2008/6/20 17:14:51 (58 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Sebuah ledakan memusnahkan sebuah masjid milik masyarakat Muslim Syiah di bandar Dera Ismail Khan, sebelah barat laut Pakistan. Polis Pakistan melaporkan, akibat ledakan tersebut, empat orang terkorban dan dua orang lagi mengalami kecederaan.

Read More... | 1264 bytes more
Palestin : Israel Akan Serahkan Wilayah Sheeba Kepada PBB
Posted by paksi on 2008/6/20 17:14:05 (49 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Perdana Menteri Israel Ehud Olmert melahirkan keinginannya untuk menarik semua pasukan Israel dari kawasan-kawasan pertanian Sheeba dan menyerahkan wilayah itu kepada PBB.

Laman web Israel Debkafile menyebutkan, Olmert akan menyerahkan wilayah Sheeba paling cepat bulan Jun akan datang dan Olmert telah menyampaikan keputusannya itu kepada Menteri Luar AS Condoleezza Rice ketika kedua-duanya bertemu pada hari Ahad lepas. Dan Rice menyampaikannya kepada Presiden Lebanon Michel Suleiman dan Perdana Menteri Fuad Siniora.

Read More... | 986 bytes more
Antarabangsa : Sutradara Filem Da Vinci Code Dilarang Masuk ke Wilayah Vatikan
Posted by paksi on 2008/6/20 17:13:09 (61 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Vatikan melarang sutradara filem Da Vinci Code, Ron Howard masuk ke wilayah Vatikan mahupun ke semua gereja di seluruh Rom. Vatikan menyatakan larangan tersebut menyusul rancangan penerbitan filem terbaru Howard berjudul Angels & Demons yang dianggap telah 'mencederakan' sentimen keagamaan khususnya penganut agama Katolik.

Read More... | 1595 bytes more
Palestin : 3 Mujahid Al-Quds Gugur Setelah Lakukan Operasi Besar
Posted by paksi on 2008/6/20 17:12:16 (58 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Brigade Al-Quds, sayap militer gerakan Jihad Islam berjaya meledakkan jet militer Israel yang berada di timur Khaza’ah, Khanyunis. Tiga orang di antara mereka sempat melakukan tembak-menembak dengan pasukan Israel.

Sumber Brigade al-Quds yang disiarkan pusat infoPalestina.com berkata, para mujahidnya berjaya meledakkan satu jet militer Israel yang berada dekat pintu Abu Raida, sebelah timur Khaza’ah, Khanyunis, selatan Gaza. Peristiwa ini meletus pada tengah hari Isnin (16/6). Ledakan ini begitu keras hingga mencetuskan asap tebal dan kobaran api. Dalam pada itu, tiga mujahid al-Quds sempat melakukan aksi tembak-menembak hingga akhirnya Brigade tidak dapat menghubungi mereka. Al-Quds berkata, pihaknya masih mengikuti rincian operasi tersebut serta meneliti sejauh mana kejayaannya.

Read More... | 2123 bytes more
Palestin : Haneya : Perjanjian Gencatan Senjata dan Masalah Gilad Shalit Sudah Berakhir
Posted by paksi on 2008/6/20 17:10:40 (42 reads)

paksi.net, 18/06/08 - Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, ratifikasi perjanjian gencatan senjata dengan Israel sudah hampir berakhir demikian juga dengan masalah askar Israel Giladh Shalit.

Dalam pernyataannya hari Isnin (16/6), Haneya memuji usaha pihak Mesir dalam mengawal tawaran gencatan senjata dari pihak Palestin. Mesir merespon permintaan Hamas agar memisahkan masalah gencatan senjata dengan tawanan Giladh Shalit.

Read More... | 1759 bytes more
Antarabangsa : Jepun Akan Menggunakan Sistem Kewangan Islam
Posted by paksi on 2008/6/17 17:58:08 (126 reads)

paksi.net, 17/06/08 - Kerajaan Jepun sedang mengusahakan undang-undang perbankan dan pasaran untuk disesuaikan dengan aturan-aturan yang bersesuaian dengan Shari'ah
daripada sistem kewangan Islam yang merupakan industri yang menguntungkan.

"Saat sekarang sistem kewangan menjadi subjek yang menarik, ia merupakan bidang yang akan mereka galakkan,"Stuart Portet, rakan niaga di PwC Tokyo,yang merupakan salah satu daripada firma perkhidmatan professional dunia yang terbesar, menurut sumber Financial Times pada Isnin lepas, 16 Jun.

Dalam keadaan sistem kewangan Islam sekarang yang sedang meningkat begitu pesat, Tokyo berharap dapat menyertai dengan modal yang besar bersaing untuk menjadi hub industri tersebut.

Read More... | 3896 bytes more
Palestin : Amerika Akan Beri Bantuan Sistem Keselamatan Hadang Roket
Posted by paksi on 2008/6/17 14:26:49 (53 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Akhbar Israel Ha'aretz menyebutkan bahawa pemerintah Amerika sedang mengkaji kemungkinan kerjasama dengan Israel dalam mengembangkan sistem penghalang roket pejuang Palestin. Amerika akan berusaha mengembangkan sarana perang yang dimiliki Israel “Ravael”. Pernyataan Amerika ini menanggapi ajakan dari Kementerian Pertahanan Israel.

Read More... | 1076 bytes more
Palestin : Hamas Minta Pemerintah Jordan Tarik Balik Tuduhannya
Posted by paksi on 2008/6/17 14:25:40 (53 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Gerakan Islam Hamas mengecam keras keputusan mahkamah negara Jordan, Khamis (12/06), berhubung dengan masalah apa yang disebut “senjata Hamas”, kerana ini boleh menjadi presiden dalam pengadilan tokoh-tokoh atas tuduhan mendukung perjuangan di Palestin.

Read More... | 1145 bytes more
Antarabangsa : Pasangan Muslim Gagal Tuntutan Ke atas Sebuah Hospital di Perancis
Posted by paksi on 2008/6/17 14:21:56 (55 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Mahkamah wilayah Lyon, Perancis menolak dakwaan undang-undang pasangan suami isteri Muslim terhadap sebuah hospital, yang dianggap telah melakukan kesalahan sehingga menyebabkan anaknya lahir dalam keadaan cacat.

Anak pasangan itu, Muhammad Ijjou yang lahir pada 8 November 1998 di sebuah hospital di Bourg-en-Besse mengalami kecacatan jasmani kekal akibat komplikasi saraf ketika proses kelahiran. Sidang mahkamah kali ini adalah pengadilan bandingan, setelah dakwaan ibu bapa Muhammad ditolak oleh mahkamah yang lebih rendah pada bulan Mei 2006.

Read More... | 1699 bytes more
Antarabangsa : Di Mata Dunia, AS Adalah Negara Tidak
Posted by paksi on 2008/6/17 14:20:28 (71 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Sikap anti-Amerika di pelbagai belahan dunia sudah mencapai kemuncaknya, dan menjadikan citra Amerika ketika ini berada pada posisi paling rendah. Sikap anti-Amerika itu bukan kerana persoalan masyarakat dunia menolak budaya, kekuasaan dan nilai-nilai yang berlaku di Amerika, tapi lebih kepada tindakan luar negeri pemerintah Amerika.

Tindakan yang menyebabkan citra negara AS semakin merosot terutamanya adalah tindakan perang AS di Iraq. Masyarakat dunia, terutama di negara-negara Muslim dan Amerika Latin menilai tindakan-tindakan luar negeri AS justeru menunjukkan sikap munafik AS terhadap nilai-nilai demokrasi yang selama ini dibanggakannya.

Read More... | 2698 bytes more
Antarabangsa : Muslim Britain Tentang Tradisi Kahwin Paksa
Posted by paksi on 2008/6/17 14:19:32 (58 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Warga Muslim Britain yang bekerja sebagai peguam dan hakim menawarkan bantuan kepada para pemuda dan pemudi Muslim yang menghadapi masalah pernikahan paksa dalam keluarganya, sebuah tradisi yang masih kental dalam komuniti Muslim. Untuk memberikan bantuan itu, mereka membentuk wadah Muslim Arbitration Tribunal (MAT).

MAT dalam laporannya menyebutkan, perjodohan dan pernikahan yang dilakukan dengan paksaan adalah fakta yang berlaku di kalangan anak muda Muslim baik secara langsung atau tidak langsung. "Anak-anak muda Muslim di Britain berada di bawah kongkongan orang tua atau saudara-saudaranya yang lebih tua kerana adanya gap budaya dan perbedaan generasi, " tulis MAT.

Read More... | 2543 bytes more
Antarabangsa : Mahkamah Tinggi AS: Tahanan Guantanamo Boleh Gugat Pemerintahan Bush
Posted by paksi on 2008/6/17 14:17:19 (41 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Menjelang akhir tempoh pemerintahannya, citra Presiden George W. Bush dan jajaran pemerintahannya semakin buruk. Setelah ancaman dakwaan melakukan jenayah, kali ini Mahkamah Tinggi AS mengeluarkan keputusan yang berpihak kepada para tahanan di kem penjara AS di Guantanamo, Cuba.

Mahkamah Tinggi AS setelah melakukan undian menetapkan bahawa para warganegara asing yang ditahan pemerintah AS di kem penjara Guantanamo berhak untuk mengajukan dakwaan undang-undang atas penahanannya ke muka pengadilan. Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa para tahanan itu berhak ke atas hak istimewa berdasarkan perlembagaan.

Read More... | 2021 bytes more
Antarabangsa : Syria Buka Peluang Kaum Wanita Jadi Mufti
Posted by paksi on 2008/6/17 14:16:19 (45 reads)

paksi.net, 14/06/08 - Jabatan Mufti tidak lagi menjadi dominasi kaum lelaki di Syria, tapi kaum wanita kini mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Mufti. Untuk itu Mufti Besar Syria Syaikh Ahmad Badreddin Hassaoun membuka program latihan untuk menjadi Mufti bagi kaum wanita di negara itu.

Program ini menjadi langkah maju di negara Syria. Syaikh Ahmad Badreddin menyatakan beliau sendiri akan campurtangan untuk menangani program pelatihan Mufti bagi kaum wanita. Menurutnya, program ini seiring dengan ajaran agama Islam.

Read More... | 1698 bytes more
(1) 2 3 4 ... 29 »

Copyright © 2006 Paksi.net. All rights reserved.