lost password register
5 user(s) are online (1 user(s) are browsing Sentuhan Jiwa)

Members: 0
Guests: 5

more...
 Ar-Risalah @ Paksi.net
Ar-Risalah; Free!
Friday, August 29, 2008
26 Syaaban 1429
Subuh5:51 AM
Zuhur1:17 PM
Asar4:26 PM
Maghrib7:19 PM
Isyak8:30 PM
Untuk Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya
ridgn 2008/8/28
fidchaiyok 2008/8/25
muamalah 2008/8/24
suta999 2008/8/24
aisyah 2008/8/23
asmawi 2008/8/22
fakhry 2008/8/22
august 2008/8/22
qudwah 2008/8/22
shifa 2008/8/21
 Iklan @Paksi.net

Idocs Guide to HTML


 Promote paksi.net!
Promote paksi.net di dalam komuniti online anda! Cuma copy code di bawah, dan paste kan di blogs/ friendster/ facebook/ myspace/ websites anda! Ramaikan lagi pengunjung paksi.net, mudah-mudahan kita dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sahabat-sahabat yang lain, insyaAllah. :-)
code-->
<div align="center"> <a href="http://www.paksi.net"> <img src= "http://www.paksi.net/uploads/img47becc41ee3df.png" border='0'/></a> </div>
Tarbawi : Menjaga Lidah
Posted by ustaz_paksi on 2008/8/5 10:13:06 (79 reads)

Hikam:
Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar. (Al-Qur`an: Al-Ahzab ayat 70)

Rasulullah bersabda: "Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam." ( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim )

Read More... | 2275 bytes more | Comments?
Tarbawi : Tribulasi Dakwah (Akhir)
Posted by paksi on 2008/5/27 10:08:03 (208 reads)

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa dari mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi" surah Al Mujadilah ayat 19.

eperibadian yang rosak akan menyebabkan dakwah Islamiyah hancur, tak berkesan dan dibenci oleh masyarakat. Perkara ini berlaku kerana keperibadian duah adalah antara unsur kejayaan dakwah yang penting. Apatah lagi kalau sekiranya duah mempunyai keperibadian yang busuk atau berkeperibadian syaitan, maka ia akan menyebabkan masyarakat membenci dan memusuhi dakwah Islam.

Read More... | 9656 bytes more | Comments?
Tarbawi : Beginilah mereka beramal jamaie...
Posted by paksi on 2008/5/20 17:46:37 (251 reads)

Taat pada keputusan pemimpin

Alhakim mentakhrij dari Abdullah bin Buraidah, dia berkata, “Rasulullah SAW melantik Umr bin al-Ash menjadi komandan pasukan dalam perang Dzatus Salasil, yang di antara mereka juga ada Abu Bakar dan Umar. Ketika mereka tiba di tempat pertempuran, Amr memerintahkan agar mereka tidak menyalakan api sama sekali. Umar merasa tersinggung dan marah. Maka dia bermaksud hendak menemui Amr. Namun Abu Bakar melarangnya, dan menjelaskan kepadanya bahawa Rasulullah SAW melantik Amr sebagai komandan pasukan, kerana memang dia mahir dalam masalah peperangan”. Mendengar penjelasan Abu Bakar itu, Umar menjadi tenang.

Read More... | 3486 bytes more | Comments?
Tarbawi : KEMATIAN HATI
Posted by amar on 2008/5/13 17:20:00 (539 reads)

Oleh: KH Rahmat Abdullah, Ketua Yayasan Iqro', Bekasi

Banyak orang tertawa tanpa (mahu) menyedari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke saf solat sepertinya orang yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya. Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa, tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.

Read More... | 7283 bytes more | Comments?
Tarbawi : Menjaga Kekuatan Ruhiyah
Posted by amar on 2008/5/13 17:20:00 (337 reads)

Kisah ini dialami seorang aktivis muslim. Di akhir masa kuliahnya, ia sangat aktif di beberapa kajian. Selain itu, ia selalu mendapat panggilan sebagai nara sumber (penceramah utama) di berbagai seminar. Di tengah kesibukannya, namanya masih terdaftar pada posisi strategik di organisasi mahasiswa. Terkadang ia menyedari mutu kesungguhan ibadahnya mulai tak seimbang dengan kesibukan kegiatannya. Malah kenikmatan spiritualnya makin hambar kerana sering terganggu dengan fikiran sibuk yang selalu mengejarnya. Namun kerana keruntuhan ruhiyyah yang terus merudum, ia mulai terjatuh di pinggiran landasan perjuangan yang pernah dibangun bersama teman-temannya. Kini idealismenya pupus ditelan kesibukannya.

Read More... | 6845 bytes more | Comments?
Tarbawi : Kuatkan Militansi (Jiddiyyah)
Posted by amar on 2008/5/13 17:00:00 (296 reads)

Oleh KH. Rahmat Abdullah

Sejarah telah diwarnai, dipenuhi dan diperkaya oleh orang-orang yang
sungguh-sungguh. Bukan oleh orang-orang yang santai, bermalas-malasan dan berangan-angan. Dunia diisi dan dimenangkan oleh orang-orang yang merealisasi cita-cita, harapan dan angan-angan mereka dengan jiddiyah (kesungguh-sungguhan) dan kekuatan tekad.

Read More... | 17072 bytes more | Comments?
Tarbawi : Adakah Kita Orang-orang yang BerAMAL?
Posted by paksi on 2008/4/22 12:20:22 (302 reads)

Hal Nahnu Qaumun Amaliyyuun

Amal merupakan komponen yang tidak dapat dipisahkan dari iman. Imam Hasan Albasri menegaskan bahwa iman bukanlah angan-angan dan harapan hampa, akan tetapi ia adalah keyakinan yang mantap dalam hati dan dibuktikan dengan amal yang nyata.

Aktivis dakwah yang konsisten berharakah ibarat air sungai yang sentiasa mengalir dengan baik , membekalkan air yang sihat untuk hidupan-hidupan yang memerlukannya. Sebaliknya air sungai yang bertakung di suatu lembah tidak mengalir kemana-mana dan tidak pula diperbaharui airnya lama-kelamaan menjadi air yang berpenyakit, tempat pembiakan jejentik, rasanya menjadi semakin payau bahkan boleh memudaratkan hidupan yang lain. Air yang berpenyakit inilah perumpamaan aktivis dakwah yang mun'athofaat yang mana potensinya membusuk menjadi negatif kerana lemahnya iltizam dan konsisten berharakah dengan dakwah ini dan lebih mejadi pemerhati dan bukan pengamal dakwah Islamiyyah. Maka lahirlah penyakit-penyakit hati, pemikiran dan tindakan, seperti dengki, kibr, riya', buruk sangka, namimah, ghibah, 'problem maker'(pembuat masalah) bukan 'solution maker'(penyelesai masalah), suka mencari dan membesarkan kesalahan yang lain, terlalu idealis tetapi lemah praktis dan sebagainya.

Read More... | 7358 bytes more | Comments?
Tarbawi : Nasihat Kepada Para Pemuda Pemudi Pendakwah
Posted by paksi on 2008/4/22 11:06:13 (401 reads)

Faktor-faktor Yang Membawa Ke Arah Penyelewengan

Oleh As-Syeikh Al Ustaz Mustafa Masyhur

Kekosongan jiwa agama, di mana para pemuda dibiarkan hanyut pada tahun-tahun yang lampau, kedangkalan pelajaran agama, tidak ada tarbiah agama, berkembang merebaknya banjir kerosakan akhlak dan ibahiyah (mengharuskan segala perkara), berleluasanya keraguan dan syak wasangka di dalam akidah, di samping itu hilang ghaibnya Qanun dan undang-undang di dalam strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur dan mengorganisasi para pendokong dakwah kepada Allah. Tambahan pula dakwah dan para pendokongnya dipenjara, ditindas dan diganggu. Semuanya itu membangkitkan tindakbalas, cabaran-cabaran lantas menyalakan semangat orang-orang yang mempunyai ghairah ke atas Islam terutamanya di kalangan pemuda Islam dan ini adalah merupakan perkara tabii yang tidak dapat disangkal. Arus kesedaran seperti ini mesti diikat dan ditahan dengan ikatan yang bertujuan memeliharanya dari tergelincir dan terpesong supaya kelak tidak terdedah kepada berbagai tindakan dan pengalaman yang sia-sia dan menghasilkan akibat yang tidak disenangi.

Read More... | 13043 bytes more | Comments?
Tarbawi : Tribulasi Dakwah (05)
Posted by paksi on 2008/4/2 19:23:15 (249 reads)

" Dan bacakanlah kepada mereka cerita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian ia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu ia diikuti oleh syaitan, maka jadilah ia termasuk orang-orang yang sesat.Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan derajatnya, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsu… maka perumpamaannya seperti anjing…" surah Al A'raf ayat 175 - 176.

Rosaknya keperibadian akan menyebabkan dakwah Islamiyah tergendala, perkara ini berlaku kerana keperibadian duah adalah antara unsur kejayaan dakwah yang penting. Perkara lain yang dapat menjejaskan imej dakwah iaitu kesan dari keperibadian yang tidak mantap iaitu "Futur".

Read More... | 9750 bytes more | Comments?
Tarbawi : Kita ini berbeza
Posted by amar on 2008/3/18 18:25:04 (341 reads)

Oleh : Dr. Ahmad Jamalludin

Orang yang menyatakan ungkapan ini boleh dituduh eksklusif. Bahkan ada yang mengatakan "Kita ini istimewa, bukan sekadar berbeza". Nah, kalau yang ini bahkan boleh kita dituduh sebagai facist. Namun ada hal yang saat ini mengganggu ruang benak saya; bahwa kita perlu merasa istimewa, dan perlu menyadari keistimewaan kita. Namun keistimewaan kita bukanlah bermakna ketinggian derajat di antara sesama manusia,
bahkan boleh membawa bermakna sebaliknya.

Read More... | 7228 bytes more | 1 comment
Tarbawi : Soleh Tanpa Nama
Posted by paksi on 2008/3/10 9:44:05 (445 reads)

“Berapa banyak terjadi, golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar” (Q. Al-Baqarah:249)

Al-Quran banyak bercerita tentang orang-orang soleh tanpa nama. Memang ada ksah israiliyat yang menghuraikan nama-nama dari orang-orang tanpa nama di dalam Al-Quran. Namun, tidak mudah mempercayai kisah israiliyat itu. Ini kerana mengimanai kebenaran peristiwanya lalu mengambil pelajarannya, jauh lebih penting berbanding mengetahui siapa nama orang-orang itu.

Read More... | 6253 bytes more | Comments?
Tarbawi : Keluarga Sakinah Dakwah Muntijah
Posted by paksi on 2008/2/26 15:40:00 (664 reads)

Keluarga merupakan medan pertama dakwah sehingga ia harus dijadikan sebagai asas utama dakwah dalam masyarakat, maka seluruh anggota keluarga hendaknya menjadi pendokong pertama bagi kejayaan dan keutuhan dakwah. Setiap aktivis dakwah yang mendapat dokongan penuh dari keluarga, maka dia akan dapat berdakwah secara optimal. Tidak dapat dinafikan, seringkali hambatan bagi seorang dai'e itu sangat dirasakan apabila keluarganya apatah lagi anak dan isterinya tidak mendokong dakwahnya. Inilah yang difahami oleh musuh-musuh Islam tatakala mahu menghentikan dakwah ini berkembang dengan mengembangkan serangan-serangan pemikiran dan hati yang merosakkan batu asas ummat Islam kini.

Read More... | 11842 bytes more | Comments?
Tarbawi : Tribulasi Dakwah (04)
Posted by paksi on 2008/1/24 10:36:03 (324 reads)

"Maka hawa nafsu (Qabil) menjadikannya mudah membunuh saudaranya (Habil), sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang merugi" surah Al Maidah ayat 30.

Di dalam perbincangan kita terdahulu kita telah membincangkan persoalan dakwah yang berhubungan dengan kefahaman. Di dalam perbincangan kita seterusnya, kita akan membincangkan persoalan dakwah yang disebabkan oleh peribadi duah yang tidak shaleh.

Peribadi duah merupakan antara yang menjadi faktor utama di dalam menjayakan dakwah ke jalan Allah. Di tangan para duah, dakwah akan berjalan dengan hidup dan dinamik. Mereka membina para mad'u dengan semangat waja bagi melahirkan generasi pilihan Allah SWT. Para duah adalah manusia yang sebaik-baik perkataannya di dalam pandangan Allah sepertimana firman-Nya : "Dan siapakah yang lebih baik perktaannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shaleh dan berkata : "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" surah Fushilat ayat 33.

Read More... | 9657 bytes more | Comments?
Tarbawi : Tribulasi Dakwah (03)
Posted by paksi on 2008/1/15 16:06:56 (327 reads)

"Dan tidaklah Kami mengutus engkau (ya Muhammad) kecuali (untuk berdakwah) bagi seluruh manusia……. " surah Al Maidah ayat 48.

Fenomena kurangnya kefahaman dan tidak ashalahnya dakwah dapat menjadi persoalan yang merbahaya serta dapat memesongkan perjalanan dakwah. Perbincangan kita terhadap persoalan dakwah yang seterusnya adalah membincangkan mengenai pelaksanaan misi dakwah yang tidak jelas, karut dan kacau baik dari aspek fahaman mahupun implementasinya.

Kejelasan misi dakwah baik dari aspek prinsip-prinsipnya, kaedah-kaedahnya serta langkah-langkh pelaksanaannya akan menjadi tuntunan bagi para duah agar mereka mampu mengharungi jalan dakwah dengan berkesan dan efektif.

Read More... | 9782 bytes more | Comments?
Tarbawi : 6 Perosak Ukhuwah
Posted by amar on 2007/10/9 23:17:38 (948 reads)



Oleh: Drs. Ahmad Yani

Pada masyarakat Islam, persatuan dan kesatuan atau lebih sering disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang sangat penting dan mendasar, apalagi hal ini merupakan salah satu ukuran keimanan yang sejati. Kerana itu, ketika Nabi Saw berhijrah ke Madinah, yang pertama dilakukannya adalah Al-Muakhah, yakni mempersaudarakan sahabat dari Makkah atau muhajirin dengan sahabat yang berada di Madinah atau kaum Anshar. Ini bererti, ketika seseorang atau suatu masyarakat beriman, maka seharusnya ukhuwah Islamiyah yang didasari oleh iman menjelma dalam kehidupan sehari-hari, Allah swt. berfirman, "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." [QS Al-Hujurat (49):10]

Read More... | 8408 bytes more | Comments?
Tarbawi : Menjauhi Dosa Besar (Siri Akhir)
Posted by amar on 2007/9/25 8:38:39 (767 reads)

Oleh: Tim dakwatuna.com

11. Dusta dan bohong

Dalam Alquran kalau kita perhatikan kalimat al-kadzibu, maka kita temukan dalam bentuk yang berbeza-beza sesuai dengan wazannya, seperti Kaadzibu, Kadzaab, Al-Mukadzibuun, Al-Mukadzibiin, Kadzaaba, Kadzaabat, Makdzuub, Takdziib, Kdazzabuu. Ini semua sesuai dengan ayat dan bentuknya.

Read More... | 9408 bytes more | Comments?
Tarbawi : Menjauhi Dosa Besar (Siri 3)
Posted by amar on 2007/9/25 8:37:14 (592 reads)

Oleh: Tim dakwatuna.com

6. Memakan harta riba

Allah berfirman, "Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian disebabkan mereka berkata bahawa sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah datang kepadanya larangan dari Tuhannya, kemudian ia berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum turun larangan) dan urusannya (terserahkan) kepada Allah. Dan barangsiapa yang mengulangi (mengambil riba), maka mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekufuran dan selalu berbuat dosa." (Al-Baqarah: 275-276)

Read More... | 15118 bytes more | Comments?
Tarbawi : Menjauhi Dosa Besar (Siri 2)
Posted by amar on 2007/9/25 8:35:30 (452 reads)


Oleh: Tim dakwatuna.com

Sebab-sebab manusia cenderung berbuat dosa dan bahaya perbuatan dosa

Sebagaimana orang senang berbuat kebajikan kerana dorongan untuk memperoleh pahala dan balasan serta bertaubat positif dalam diri orang tersebut. Ada pula sebagaian orang cenderung berbuat dosa. Hal ini kerana beberapa sebab seperti berikut ini:

Read More... | 20596 bytes more | Comments?
Tarbawi : Menjauhi Dosa Besar (Siri 1)
Posted by amar on 2007/9/25 8:33:48 (597 reads)

Oleh: Tim Dakwatuna.com

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ " فَذَكَرَ مِنْهَا: الشِّرْكُ بِاللهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيْمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمُ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصِنَاتِ الْغَافِلاَتِ الْمُؤْمِنَاتِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

"Jauhilah kalian tujuh dosa besar; syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan cara yang benar, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan perang, menuduh berzina terhadap wanita yang suci." (Muttafaqun alaih)

Read More... | 10990 bytes more | Comments?
Tarbawi : Makna Muhasabah
Posted by amar on 2007/9/18 6:22:43 (959 reads)
Tarbawi



Makna Muhasabah
Oleh: Tim dakwatuna.com

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahawa beliau berkata, 'Orang yang pandai adalah yang menghisab (mengevaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (HR. Imam Tirmidzi, ia berkata, 'Hadith ini adalah hadith hasan')

Read More... | 10686 bytes more | Comments?
(1) 2 3 4 5 »

Copyright © 2006 Paksi.net. All rights reserved.